Blogger Templates

Followers

Wednesday, August 20, 2008

ISLAM ITU SUCI DARI SEGALA KEKOTORAN DAN KELEMAHAN

Islam adalah satu jalan yang bersih dan murni lahir dan batin. Cara hidup Islam penuh rahmat, kasih sayang dan harmoni. Penuh didikan dan kebaikan.Hukumannya adalah keadilan dan pengampunan. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mencipta satu cara hidup yang amat sempurna untuk hamba-hamba-Nya. Suci dari segala kekotoran dan kelemahan.Keindahan Islam diakui oleh fitrah murni manusia sekalipun bagi orang bukan Islam. Kerana Islam itu agama fitrah. Mengamalkannya tidak mendatangkan mudarat dan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Dengan kata lain, Islam agama selamat dan menyelamatkan.Kalaulah kita berpeluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan realiti kehidupan Rasulullah SAW dan salafussoleh, tentu kita akan menyaksikan satu kehidupan yang sungguh menakjubkan. Peribadi mereka sangat tinggi dan akhlak baik mereka sangat menonjol. Cara hidup mereka walau dalam apa bidang sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia.Orang-orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka. Sebab itu ramai orang yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan mereka itu. Inilah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para Sahabat untuk dapat menawan hati manusia.

FikIRkaN

Fikirkan
Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu

Monday, July 28, 2008

Kenanganku..

duk2 tepi tasik release tension time exam...moga abadi dalam ingatan...