Blogger Templates

Followers

Thursday, December 29, 2011

Ampunkan aku Ya ALLAH...



Ya ALLAH....
Sakit hati...Sedih...Geram...Menyampah...Binggung.....
Perasaaan ni betul-betul membuatkan hambamu ini lemah sangat2 dan tertekan ketika ini...tak tahu nak buat macam mana..ini adalah pengalaman pertama aku dalam dunia pekerjaan..mengenal sikap manusia..dalam mengenal aku tersepit di antara sikap manusia..apa yang perlu aku lakukan sekarang Ya ALLAH...Kau berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi ujian mu ini..kurniakan aku ketabahanmu..Aku lemah Ya ALLAH..What i need to do~~argh...rasa nak lari jauh2 je..tapi aku tau lagi jauh kita lari..lagi banyak masalah akan timbul..

Aku tau aku budak baru, tapi sekali sekala bagilah aku bersuara..dengar pendapat aku..jangan nak tolak mentah2..aku pun manusia..ada hati dan perasaan..please hear me..sepatah aku cakap sepuluh patah dia cakap..at the last aku cakap 1 patah je..Ya ALLAH..geramnya aku saat ni...sakit sangat hati ni..bantulah hambamu yang lemah ini YA ALLAH..Aku memohon sangat2..

Kadangkala ALLAH letakkan kita di sesuatu tempat untuk kita belajar dari setiap perkara yang berlaku..bagaimana kita menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku..bagaimana kita memperbaiki kelemahan kita...setiap perkara ada hikmahnya..tak perlu merungut kerna ia datang dari ALLAH...tak perlu berburuk sangka kerna itu ujian ALLAH..tak perlu menuding jari kerna ALLAH sedang meneliti setiap gerak geri kita..

Ya ALLAH..hanya padamu aku memohon..hanya padamu aku berserah...hanya padamu jua aku meminta...kurniakan aku kekuatan dalam mengharungi setiap ujian yang kau berikan..

Wednesday, December 28, 2011

CinTa HakiKi ciNta ILAHI~~



Bismillah...

aku akan bhenti memikirkanmu..
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan di hatiku..
aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya kerana Allah..
bukan kerana menginginkanmu.. kan kulepaskan belenggu ini.,
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh tanda tanya..

biarlah kau teruskan perjalananmu tuk jadi yg terbaik untuk seorang yg ditakdirkan untukmu.. aku pun begitu..
aku akan meneruskan perjalananku tuk jadi yg terbaik untuk seorang yg kan menjadi Imamku meskipun itu bukanlah dirimu..

kerana kini ku telah yakin.,
jika aku telah menjadi yg terbaik, maka Allah tetap akan memberiku yg terbaik pula meskipun itu bukanlah dirimu..
kuharap kau mendapatkan yg terbaik hingga aku boleh tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu..

~*Srikandi Pencinta Ilahi*~

sesungguhnya cinta ILAHI itu kekal abadi..Ya ALLAH cekalkan hati ini dalam menggapai redhamu...

creadit to Fb Lelaki Soleh Idaman Setiap Wanita Solehah

Wednesday, December 14, 2011

Hati hiba..Hati Sedih...mengharap cintanya~~

Sedang leka membuat kerja, terasa sunyi tiba-tiba. lalu aku alihkan cursor membuka laman web youtube. Terpandang lagu terbaru nyanyian kumpulan nasyid UNIC yang bertajuk JALAN KU PULANG..ku cuba hayati..ku cuba amati..tiba-tiba hati menjadi sebak..bait-bait indah yang mengajak kita bertemu cintaNYA..

Ya ALLAH...
ke jalan benarkah selama ini kaki ku melangkah..??
ke arah mu kah selama ini cinta ku alihkan...??
ke syurgamu kah yang menjadi idaman..??
dan...keredhaanmu kah aku dambakan...??

Sunday, December 11, 2011

mAsA YanG BeRlaLu~~



lama sungguh tak update blog ni..ntah lah...kurang kekuatan dan idea untuk menulis sejak akhir2 ni..lebih kepada bermonolog di dalam hati dalam meluahkan apa yang dirasakan..terlalu banyak perkara yang berlaku dan memerlukan pemikiran yang cepat dalam mengawal emosi..pada kebiasaan menulis sering membuahkan satu pemikiran yang lebih rasional berbanding bermonolog..kerana dengan menulis emosi..pemikiran...dan perasaan berjalan seiringan..