Posts

Showing posts from 2011

Ampunkan aku Ya ALLAH...

Image
Ya ALLAH.... Sakit hati...Sedih...Geram...Menyampah...Binggung..... Perasaaan ni betul-betul membuatkan hambamu ini lemah sangat2 dan tertekan ketika ini...tak tahu nak buat macam mana..ini adalah pengalaman pertama aku dalam dunia pekerjaan..mengenal sikap manusia..dalam mengenal aku tersepit di antara sikap manusia..apa yang perlu aku lakukan sekarang Ya ALLAH...Kau berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi ujian mu ini..kurniakan aku ketabahanmu..Aku lemah Ya ALLAH..What i need to do~~argh...rasa nak lari jauh2 je..tapi aku tau lagi jauh kita lari..lagi banyak masalah akan timbul.. Aku tau aku budak baru, tapi sekali sekala bagilah aku bersuara..dengar pendapat aku..jangan nak tolak mentah2..aku pun manusia..ada hati dan perasaan..please hear me..sepatah aku cakap sepuluh patah dia cakap..at the last aku cakap 1 patah je..Ya ALLAH..geramnya aku saat ni...sakit sangat hati ni..bantulah hambamu yang lemah ini YA ALLAH..Aku memohon sangat2.. Kadangkala ALLAH letakkan kita di sesuatu te

CinTa HakiKi ciNta ILAHI~~

Image
Bismillah... aku akan bhenti memikirkanmu.. dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan di hatiku.. aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya kerana Allah.. bukan kerana menginginkanmu.. kan kulepaskan belenggu ini., yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh tanda tanya.. biarlah kau teruskan perjalananmu tuk jadi yg terbaik untuk seorang yg ditakdirkan untukmu.. aku pun begitu.. aku akan meneruskan perjalananku tuk jadi yg terbaik untuk seorang yg kan menjadi Imamku meskipun itu bukanlah dirimu.. kerana kini ku telah yakin., jika aku telah menjadi yg terbaik, maka Allah tetap akan memberiku yg terbaik pula meskipun itu bukanlah dirimu.. kuharap kau mendapatkan yg terbaik hingga aku boleh tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu.. ~*Srikandi Pencinta Ilahi*~ sesungguhnya cinta ILAHI itu kekal abadi..Ya ALLAH cekalkan hati ini dalam menggapai redhamu... creadit to Fb Lelaki Soleh Idaman Setiap Wanita Solehah

Hati hiba..Hati Sedih...mengharap cintanya~~

Image
Sedang leka membuat kerja, terasa sunyi tiba-tiba. lalu aku alihkan cursor membuka laman web youtube. Terpandang lagu terbaru nyanyian kumpulan nasyid UNIC yang bertajuk JALAN KU PULANG..ku cuba hayati..ku cuba amati..tiba-tiba hati menjadi sebak..bait-bait indah yang mengajak kita bertemu cintaNYA.. Ya ALLAH... ke jalan benarkah selama ini kaki ku melangkah..?? ke arah mu kah selama ini cinta ku alihkan...?? ke syurgamu kah yang menjadi idaman..?? dan...keredhaanmu kah aku dambakan...??

mAsA YanG BeRlaLu~~

Image
lama sungguh tak update blog ni..ntah lah...kurang kekuatan dan idea untuk menulis sejak akhir2 ni..lebih kepada bermonolog di dalam hati dalam meluahkan apa yang dirasakan..terlalu banyak perkara yang berlaku dan memerlukan pemikiran yang cepat dalam mengawal emosi..pada kebiasaan menulis sering membuahkan satu pemikiran yang lebih rasional berbanding bermonolog..kerana dengan menulis emosi..pemikiran...dan perasaan berjalan seiringan..

melatih diri menjad insan bersyukur

Image
Firman Allah SWT: رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِØ°ْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َنتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ Wahai Tuhanku, janganlah engkau palingkan hati ini setelah engkau berikan hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisiMu. Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi.

Wanita Cantik

Image
hati benar tersentuh tatkala terbaca post di "muka buku" perihal wanita cantik. kita sering kaitkan kecantikan itu dengan wajah..sehingga melupakan tentang kecantikan hati budi dan juga yang lain. Perihal Wanita cantik :~ 1.Melukis kekuatan melalui masalah 2.Tersenyum saat tertekan 3.Tertawa saat hati sedang menangis 4.Tabah di saat terhina 5.Mempersona kerana memaafkan 6.Mengasihi tanpa balasan 7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi…”

sakit hati..

Image
kali ni tiada lagi nak kongsi kisah cinta yang tak kesampaian...just nak share tentang perasaan yang tengah sakit hati sekarang ni...geram...Ya ALLAH..pepagi dah rase macam ni..tak suke lah...tak salah kan lau orang muda sakit hati dengan orang tua???ye lah orang muda kan ader perasaan juga..tak salah kan lau orang tua jaga perasaan orang muda...??erm..ntah lah...aku pun tak paham...tapi tak pe lah..nasib baik aku ni mudah marah dan cepat rede...lau tak...leh jadi musuh gak..huhuhu..tapi x baik kan..time taip2 ni aku realize sendiri..biarlah..ape yang terjadi ader hikmahnyer..aku amik ini sebagai satu pengajaran..Thanks sebab sakitkan hati ni..i learn more from that.. * Think positive ye anum...

hilangkan lah...

Image
Menyintai dalam diam sesuatu yang amat menyiksakan perasaan...macam mana nak hilangkan??aku tahu rasa ini anugerah ilahi..aku juga turut mensyukuri..cuma aku takut die akan tahu nanti..aku tak nak sampai die tahu ( Walaupun )...hahhaha..bukan ape malunyer lau die tahu..sebab tu aku nak kurangkan atau hilangkan perasaan ni..xmo rase macam ni...bukak buku motivasi aku nak cari semangat baru..ternampak bait2 kata.. " Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.... kerana tiada yang tahu rencana tuhan.. Mungkin rasa ini ujian yang akan melapuk atau memebeka dengan perlahan.. kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan... serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.

terima seadanya~~

Image
akhir2 ni aku sedang cuba nak turunkan berat badan aku..atas sokongan dan dorongan sahabat setia didunia and insyaallah di akhirat kelak..Thanks banyak2 syu..ko memang banyak tau ape yang aku impikan dan matlamat aku..memang motif pertama aku nak turunkan berat badan aku sebab aku nak sehat..x mo ar lau gemuk nanti banyak penyakit...second sebab aku de minat kat mamat sorang ni..aku pun x tau cam ne leh suke lak dengan die..lau nak kate aku selalu berborak dengan dia tak mungkin lah..coz leh dikira berape kali aku tegur di..die pun ntah2 macam x perasan je kewujudan aku..hahhaha..tak pe lah..cinta kan anugerah ALLAH..mungkin ni gak satu ujian wat aku...pembakar semangat nak kurus..hope..hujung tahun ni aku dapat capai azam aku pada tahun ni..amin...SYUHADA..jangan lupe bagi semangat dekat saye ye... mesti pelik kan tetibe aku letak tajuk entri aku TERIMA SEADANYA.. actually aku letak tajuk ni sempena lagu Stacy- Kisah Dongeng~~ and terfikir leh ke orang terima kite seadanya???

Erti Cinta Sebenar~~

Image
* Hari ni aku nak kongsikan satu madah yang aku jumpe dalam FB seorang teman..sangat indah dan cukup membuatkan kite rasa cinta itu akan sempurna sekiranye berteraskan Al-Quran dan Sunnah..mari sama-sama kita renungkan.. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Cukup cintai dia dalam diam.. Bukan kerana membenci hadirnya.. Tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia.. Tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.. Cukup cintai dia dari kejauhan.. Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.. Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.. Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.. Maka cintailah dia dengan keikhlasan.. Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. Tetapi sanggupka

rindu..cinta..kasih..sayang...

Image
cinta..... sesuatu yang mampu buat kita bahagia.. cinta... satu yang mampu buat kita tertawa.. cinta... jua mampu buat kita merana.. menangis..derita...duka... itu semuanya kerana cinta..kerana cinta kite terhadap manusia... Cinta ALLAH jualah cinta yang sempurna..cinta nyer buat kita rasa siapa diri kita sbenarnyer.. " usah di tagih cinta insani kerana cinta nya tiada abadie, tapi tagihlah cinta ILAHI kerna cinta bawa ke syurga abadi".. aku akui bait kata-kata tu..tapi..bukankah cinta insani kurniaan ilahi..fitrah setiap manusia inginkan cinta insani..memang itu satu fitrah, tapi dengan adanya cinta ILAHI ia akan membuatkan kite sedar untuk tidak terlalu menagih cinta insani..bercinta lah kerana ALLAH...bertemu berpisah tidak gelisah...percaya pada ketentuannya.. Mulai hari ini aku dah malas nak pk..kalau ader jodoh tak kan ke mana..yang penting.cinta pada yang satu..Sang maha Pencipta..selangkah kita dekat padanya..seribu langkah die dekat dengan kita.. p/s: moga aku akan j

Ku Bersyukur Padamu

Image
Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada yang esa di atas nikmat yang telah kau berikan buat orang2 yang aku sayang..Syukur x terkata..segala rahmat dan nikmat yang kau berikan pada mereka betul tertempias rasa bahagianya wat aku.. pertama-tama nyer berite yang aku terima perihal " ehem2 " yang dah bertukar kerja disamping masih menjaga agama yang baru die nak dekati..alhamdulillah..moga kehidupannye akan lebih maju dan mendapat berkat darimu... keduanya satu-satunyer adik aku dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal di PSA..itu yang die mahukan dan family harapkan..tidak berjauhan dari keluarga..aku paham, die mesti pening nak pk bayar yuran RM700 tu..ye lah family aku bukanlah kaya..Adik beradik yang lain masing2 ade tanggungan sendiri..moga bulan ni dapat increment tinggi sikit..dapat gak aku tolong die sikit2... ketiga..perihal sahabat karib aku yang sedang mencuba mengenali apa itu cinta..mengenali apa yang terselindung diseba

Istikharah Cinta

Image
akhir-akhir ni banyak puitis tentang cinta yang aku dengar yang banyak membuka mata serta hati dalam mendalami ape itu cinta yang sebenar..cinta itu terlalu indah..sukar untuk disamakan dengan fizikal..kerana cinta itu terlalu rapat dengan hati yang mampu membuatkan kite rasa begitu indah...itulah cinta kurnian ilahi...cinta padanya jua kekal abadi, cinta kerananya jua adalah cinta suci... “Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI”.. thanks to note yang nana tag dalam FB aku..benar2 memberi makne dalam mencari apa itu cinta... Ini pulak lagu istikharah Cinta...hayati, fahami,mengerti...cin

Sahabat???

Image
Sahabat... Andai Engkau Jatuh.. Bangunlah Sendiri.. Andai Engkau Rindu... Tengoklah Bintang.. Betapa Jauh Pun Ia.... Ia tetap bersinar sampai Ke bUMI.. Sahabat.... walaupun Tiada Di Hadapan Mata... Adakah Engkau Pasti.. Di HATI KAMI sEMUA... tIADA tERUKIr namaMU... Sahabat.. Susah Senang Dahulu.. Kita Bersama~~ Tidak Pernah Hilang Walau Sedikit pun Memori Itu.. Sahabat... Janganlah Bersedih.... Andai Engkau Menitiskan Airmata. Diatas Perpisahan Yang telah DitEtapkan ALLAH ini... Bererti engkau.. MemaNG bENAR-bENAR sahabat Sejati~~~ Amat AKU kAGUMI.. nILAI pERSAHABATAN... eRTI sEBUAH kENANGAN... sEmUA itu.. Penuh Bermakna Dan Harapan... ( ayat ini diberi oleh sang suami sahabat sejati aku dulu ) Ye aku akui...tapi hati dan perasaan aku kata lain..mungkin aku x ada dihatinya..siapa aku untuk dirindui...siapa aku untuk diingati..kehidupan kita berbeza..kau ade sang suami yang senantiasa ada di sisi..aku??bukan aku harap kau senantiasa ingat kat aku...cume secebis masa dan waktu untuk kau

Kisah Kita Berbeza..

Image
Wah...cam lawak je tajuk entri kali ni..kini aku kembali setelah sekian abad meninggalkan blog usang ni..abad ke??huuhu..macam lama lah jugak..bukan ape..tak de topik nak cite..walaupun banyak benda yang terjadi akhir2 ni...kelakar ader...sedih pun ade..korang pernah x tengok orang dewasa yang gelak ketika tido???cam x logik kan..ye lah selama ni kite selalu tengok bayi tido sambil tersenyum..n tetibe lak aku cite sal orang dewasa yang tido sambil tergelak.lawak tapi benar..tu lah aku..aku pun x tau cam ne aku leh tergelak besar time tido..tapi siyes ar..mimpi aku memang kelakar...kejadian yang agak buruk ni didaksikan oleh member aku..setiap pagi, cam biase member aku akan solat dulu sbelum aku...pas solat tu die tukar baju nak g keje dulu sebelum kejut aku sembahyang, tetibe die tengok aku gelak..die ingat aku gelakkan die...upe2 nyer aku ngigau coz pas aku gelak tu aku senyap..teruslah die kejutkan aku..aku pun dengan selamber terus g bilik air and solat..wat tak tau je...tapi befor

Bila diri dipandu emosi & nafsu..

Image
herm....pagi ni aku rase terpanggil untuk kongsikan satu cerita mengenai seseorang..cerita ni kisah benar.baru je berlaku semalam...ini bukan kisah aku atau keluarga aku..tapi kisah seorang sahabat yang meminta pendapat..oleh kerana aku ni bekas pelajar kaunseling, die rase terpanggil untuk meluahkan rase die pade aku..aku seperti biase rase seronok lah..dah lame kan tak dengar masalah orang...bukan aku nak hebohkan..just nak kongsi perasaan n pendapat juga menjadikan sebagai satu renungan...(nama & tempat dirahsiakan ) ceritanye macam ni..member aku ni pernah putus cinta..bekas teman lelaki die dulu dah kawin..memang aku nampak die cam frust,tapi aku ase die still boleh handle..masih lagi tersenyum dan meneruskan kehidupan seperti biase...around 2 bulan yang lepas die ade kenal someone yang nampaknye begitu bersungguh2 mahukan die..selepas pertemuan pertama llki ni terus declare ngan die jadi couple..die pun setuju..( kire sekarang baru sebulan die couple ).macam2 yang mereka kong

adakah itu milikku??

Image
" jangan difikir derita akan berpanjangan.. kelak akan membawa putus asa pada tuhan.. ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan.. setelah ia berlalu..pasti cerah kembali.." teringat bait2 lagu kumpulan inteam..dulu lagu ni lah yang menjadi motivasi aku tatkala hati putus asa dalam menjalani ujian yang diberi..lagu ini jugalah mengingatkan aku bahawa setiap ujian yang ALLAh turunkan wat umat manusia kat muka bumi ni ada sebab dan maksud yang tersendiri.. " Ujian adalah..tarbiyah dari ALLAH Apakah kita kan sabar..ataupun sebaliknya.. kesenangan yang datang selepas kesusahan.. semuanya adalah nikmat dari ALLAH " kita patutnyer sentiasa bersyukur dengan ujian & dugaan yang menimpa..ade hikmah disetiap ape yang terjadi..semoga dengan ujian-ujian itu, kita akan menjadi manusia

Pepisahan ini..

Image
sedih ar layan lagu ni..sedap sangat2.. (AIZAT Feat dengan 1st Edition) Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir Kehilangan amat terasa di hati Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir Ku terima perpisahan ini Dulu kita satu jiwa satu impian Susah dan senang kita bersama Namun itu semua hanya sementara Hanya lagu yang menjadi ingatan Hanya lagu yang menjadi kenangan Seandainya masa itu kembali semula Ingin ku memiliki lebih dari itu Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir Ku terima perpisahan ini Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi Dirimu pergi biar ku sendiri Dulu kita satu jiwa satu impian Susah dan senang kita bersama Namun itu semua hanya sementara Hanya lagu yang menjadi ingatan Hanya lagu yang menjadi kenangan Seandainya masa itu kembali semula Ingin ku memiliki lebih dari itu

Belajar dari kesilapan

Image
erm...dah lame rase nyer tak tinggalkan perasaan n isi hati kat blog ni..tak tahu nak update ape..tetibe hati ni terpanggil untuk berkongsi tentang ape yang berlaku petang semalam..actually,Banyak juga benda yang berlaku semalam, antaranye aku kene marah ngan superior aku coz terlebih letak user dalam system..memang ase down sangat2time tu..rase nak tukar tempat keje..tak mo dah keje sini..tapi bile lame aku termenung, aku pk balik..mane2 pun orang yang bekerja..mesti dieorang pernah wat silap n kene marah..semua tempat pun macam tu..aku selalu ingatkan orang lain.. "jangan lari dari masalah..coz lau kite lari dari masalah..lagi banyak masalah yang timbul.." so,aku amik kate2 tu n aku apply kat diri aku..bile aku dah realize baru rase tenang..ye lah..kite kan boleh belajar dari kesilapan tu n tidak akan mengulanginya untuk kedua kali.. "mistake can make us be more better than before" Pepagi2 tadi bile nak g keje n terfikir pasal ni, cepat2 aku buan

aNgaN-AnGan

Image
Assalamualaikum dan salam satu malaysia.. hari ni cam pening sikit coz baru dapat panggilan dari mak someone yang pernah aku sayangi.. aku tak sangke sangat mak "die" akan call aku.. ingatkan borak biase je..upenyer mak " die " nak update pasal hubungan aku ngan anak nyer.. aku serba salah sangat coz aku ngan "die" dah lame tak berhubung... aku agak terase yang teramat sangat bile die kate " aku nak sangat wet die " atau erti kate yang lain aku ni mate duitan..mesti korang tertye2 kan kenape die leh kate aku cam tu.. semua ni pasal aku bagi tau ngan die yang aku nak rm8k untuk hantaran..korang rase rm8k tu terlalu mahal ke nak wat majlis zaman sekarang..??ntah lah..bagi aku ok lah rm8k tu..tu pun aku still kene cari wet lain untuk tampung perbelanjaan..ye lah..sekarang aku " yatim piatu "..sape nak bantu aku..tak kan aku nak mintak tolong adik beradik aku yang lain...lau dieorang dapat tolong pun berape lah sangat..aku pun paham..memasi

TeRJuMpA OrAnG PeLiK

Alkisahnyer bermula pada pagi khamis di mana aku diberitahu kene pegi office HQ untuk attend training..pade asalnye aku malas nak g coz ingat balik keje nak g jenjalan dengan Cik Syu dekat JUSCO bukit tinggi..almaklumlah hari jumaat cuti kan nak g interview..tapi nak wat macam mane dah menolak pun terpakse lah pegi...g pun lau training habis awal aku dah boleh lah balik umah.. Nak jadikan cerite aku pun pegi lah pas solat zuhur..sampai kat sane aroound kul 3.15pm..parking lah jauh sikit dari depan Office ( HQ ) tu..bukan ape..banyak sangat lori besar kat depan office...sampai aku x nampak yang banyak ruang kosong kat situ..sebelum nak keluar, baru aku perasan yang aku lupe nak simpan laptop kat dalam bonet..ye lah sekarang ka bahaya lau letak depan.. dengan muke berhati2 ( sambil toleh kanan dan kiri )aku simpan laptop dalam bonet kete.... After that,

hati berbicara meminta tangan menulis pena...

Image
wE aRe BeSt fRiEnD FoReVeR Teringat zaman belajar dulu kala..windunya saat tu... benarlah kate orang bile time belajar rase nak kerja.. bila time keje nak belajar pula... lau cakap sal belajar..tetibe je rase windu ngan kawan-kawan dulu...ase2 dieorang windu aku tak???mane kawan-kawan yang dah kawin mesti sebuk uruskan rumah tangga kan??.. mana yang belum kawin sebuk nak cari keje.. lau dah ade keje pun masih lagi mencari keje yang sesuai.. macam aku jugak..hari jumaat ni cuti..ader interview kat bangi... perasaan ni sebenarnye macam malas je nak pergi..dalam otak fikir macam tak ader harapan je.. tak pun pk gaji x macam gaji sekarang..lagipun tempatnye jauh dari tempat keje sekarang.. lau pk2 balik..tak salah kalau pergi..leh tambah pengalaman dan pengetahuan temuduga.... so, cuti jumaat ni dah approve..kene pegilah.... hope banyak benda yang dapat aku belajar kat sane...Ilmu ALLAH ni kan merata..bukan dalam bilik belajar je...betul tak...?? berbalik pada sahabat2 aku...windu ar same

beRciNtA LepAs KaWiN..

Image
Cam pelik je entri aku kali ini yang aku rase agak merepek meraban sikit lah..huhuhuh Ntah lah..aku pun confius... Sekarang ni aku amat percaya yang aku leh terima seseorang dalam hidup aku bagi menjalani kehidupan di alam rumah tangga tanpa wujud perasaan cinta di dalam hati terlebih dahulu....kalau boleh aku tak nak lah aku terlalu menyintai seseorang sebelum kawin/ atau sebelum sah menjadi suami aku..adalah lebih baik aku menyintai seseorang yang telah sah menjadi suami aku,ia akan bertukar menjadi satu ibadah..pupuk cinta itu adalah kerana ALLAH..

cEriTa HaRi iNi

ape dah jadi dengan hari ni...??? argh~~sakit betul kepala...banyak jugak lah hal yang berlaku pade aku..( x ade lah banyak mane..just 3 perkare je ) poyo cam banyak sangat jerk...

KeNaNGaN BeRsaMa

Image
Alhamdulillah...kupanjatkan syukur pada ALLAh diatas nikmat iman dan islam yang kau anugerahkan padaku..masih lagi kau pinjamkan rohmu buat tubuhku hari ini... ALHAMDULILLAH.... Tiada lafaz yang dapat kuucapkan bagi melahirkan rasa syukur ni. erm...dah 2 hari tak update blog..rase bersarang sikit ati..ye lah tak meluahkan ape yang ingin diluahkan..2 hari cuti..x tau wat ape kat umah..tapi yang pasti semalam memang enjoy lah. Mau x nyer...kakak kesayangan belanje main bowling ngan makan steamboot..ALHAMDULILLAH..rezeki lagi...dah lame ase tak kuar ramai2 ngan adik beradik... Si kecik " TAUFIQ" pun tak ketinggalan menyaksikan game bowling..dari bangun sampai tertidur n last bangun balik..kiteorang x habis main lagi..mau x nyer..main 3 game...memang syok ar.. ni plak gambar si akim poyo yang sebok mengeringkan bola..cam terer je main..walaupun memang hebat kan..huhuh..abg uteh tengok2 cam nak wat gak je...huhu Ni plak gambar adik aku ngan kawan aku "syuhada " n

FeNoMeNa lUaR BiAsA Di PaNtAi JePuN b4 TsuNamI

Image
Agak terkejut jugak lah after dapat email dari kawan pasal fenomina luarbiase yang berlaku di pantai jepun sebelum tsunami melande...Ini antara gambar yang di attach dalam email... * Perhatikan yang wana hitam dalam pantai tu.. * orang tu siap tangkap lagi.. Kalau kita ingat peristiwa ni pun berlakukan mase tsunami di aceh dulu..haiwan lautan bertempiaran di persisiran pantai... p/s : Bersyukurlah coz tak kene di Negara kite..sama-sama doakan agar ALLAH mudahkan urusan mereka di sana...AMIN~~

DaLaM MiHRaB CiNTa

Image
hai..apelah nak jadi ngan aku ni..dari semalam duk dengar lagu bunga2 cinta nyanyian dude herlino ngan asmiranda ngan karena hati bicara nyanyian Oki & Andy..sedap sangat2..sekarang duk giler cari cite2 yang ade Dude Herlino Dude Herlino VS Baim Wong ..sebelum ni duk giler ngan Baim WOng..la ni...cite Kejora dan bintang Astro Ria pun tengok x tengok..Sory lah baim wong..ngan hangat ngan Dude Herlino lor..hahhahaha..cam dieorang kenal je aku kan..ape2 pun aku lagu bunga-bunga cinta ngan karena hati bicara memang best lah..wat mase ni lum jemu.. Kat sini aku serta kan sekali lirik lagu bunga2 cinta..sambil2 dengar lagu kat Ruangan Muzik ku tu leh lah ikut lirik ni ye.. Asmirandah: Tak pernah terlintas di benakku Saat pertama kita bertemu Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah Harum dan merekah Dude: Tulus hatimu buka mataku Tegar jiwamu hapus raguku Memboncah di hati harapan dan suci Menyatukan janji Asmirandah & Dude: Bunga-bunga cinta indah bersemi Diantara harap pinta padanya

RinDunYer DeNgaN DiE~~

Image
Bile bukak je laptop ni..rase rindu lak ngan "encik".mane taknyer..aku letak gambar die jadi wallpaper...rase macam baru je borak2 n bergurau dengan die..tak sangke perbualan sebelum pegi muar mase tu adelah perbualan terakhir aku dengan die.. Walau ape pun..ku panjat kesyukuran wat yang esa coz amik 'encik' dari kami dengan cara yang paling baik.die pegi time tido..lau aku tau die nak pegi, aku nak g tau die yang aku sayang die sangat2..n duk sebelah die mase hujung minggu tu..tapi tu lah..takdir ALLAH..aku redha.. Ni antara pic terakhir aku amik ngan arwah..Time konvo aku..siyes ar..windu giler... * aku harap, setiap pagi aku tak lupe nak sedekahkan alfatehah buat arwah mak ngan 'encik'..moga roh mereka dicucuri rahmat...

KeRDiLnYe rAsE DiRi Ni~~

Erm..Nasib baik lah dah petang..lau pepagi dah rase give up macam ni mesti x elok kan.. Kenape ea kadang2 kite lambat nak realize ape yang kite pk n yang rase... Motivate semula diri untuk melahirkan kekuatan.. Kite adelah Kaunnselor/ motivator yang terbaik wat diri kite sendiri. Coz orang lain x dapat rase ape yang kite rase..betul tak...??huhuhu.. Tadi bile nampak orang lain banyak kelebihan dari diri, Rase cam kerdil sangat2... Rase rendah sangat..sampai lupe akan kelebihan2 pada diri yang ALLAH dah anugerahkan... Tu lah manusia..cepat lupe dan alpa... Ape2 pun ALHAMDULILLAH..ingat balik kate2 " manusia punya kelebihan dan kekurangan yang berbeza " means setiap manusia UNIK... kate2 ni wat aku terfikir....ader benda yang ade pada aku tidak ade pade die..macam tu jugak kelebihan yang die ader..tak ader pade aku..mungkin aku perlu belajar...huhuhuhu.. x pe lah..aper2 pun..kite kene bersyukur dengan ape yang ade... * Bersyukurlah dengan ape yang ade..bukan berhabis selagi ade

sUsaH JuGak KaLau AdeR HaTi SeLeMBuT KaPaS..

Betulke. yang kaum hawa ni kaum yang lemah??ke sebenarnyer sifat naluri wanita itu yang sering menampakkan yang kaum hawa ni lemah..???mudah nangis, mudah memaafkan, cepat kesian and sebagainyer..actually bagi aku wanita tu tak lemah..tapi sifat yang ditunjukkan itu yang menjadikan wanita ni nampak lemah..ye lah..lemah lembut, sopan santun..chewah!!ye2..aku tau x semua wanita cam tu..ade gak yang ganaz...ye lah lau tak tunjuk ganaz nanti ditindas pulak kan....aku ase ramai perempuan yang sependapat dengan aku..hehehh..betul tak???ape2 pun llki tetap gagah dimata wanita..ye lah..wanita tu kan dicipta dari rusuk llki yang bengkok..yang kene tegakkan tu jugak ade lah llki..so, nampakkan betape pentingnyer llki dlam hidup wanita dan betape besarnyer tanggungjawap llki dalam membimbing wanita..tapi llki kene tahu yang hati wanita itu terlalu halus..jangan lah terlalu kasar event dalam percakapan

CiAn CiK AidA

Hari ni masuk kerja macam biase..wat keje..tapi cam agak pelik sikit lah perasaan aku hari ni.macam ade yang tak kene je..x tau nape...tapi masuk ke pukul 11 tu dah ok sikit lah..wat keje macam biase..tetibe je dapat call...Safwan call aku g tau yang Aida ( Member U ) masuk wad..agak terkejut gak..before ni aku pernah teman die naik ambulan g Hospital Seremban coz dijangkiti denggi..Kali ni safwan kate die masuk wat coz muntah2 n cirit birit..

blurr..

salam... aku dah jadi pening ngan blog ni...cam lah tetibe ade 2 blog ni..dari dulu nak cantikkan blog tapi x cantik2 lagi..tengok orang alin nyer blog, agak boleh mendatangkan jeles gak lah..sape2 yang tau n terlalu pandai serta berniat nak turunkan ilmu tu kat aku leh lah email aku kat usrah_hasanah@yahoo.com.my..khidmat anda amat diperlukan.. TQ~~