Blogger Templates

Followers

Wednesday, August 20, 2008

FikIRkaN

Fikirkan
Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang jitu
Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah tersedia untuk di terpa
Ya insan
Fikirkan apa tujuan hidupmu
Carilah didalam diri
Nescaya kau kan ketemui
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau taksirkan sendiri
Ya insan
Aku pun sedang mancari satu kehidupan yang abadi
Tak sanggup hidup berkelumang dengan dosa lagi
Kerna hidup ini tiada dua, tiganya lagi
Sampai ajal roh dan jasad takan bersatu lagi.

No comments: