Erti Cinta Sebenar~~


* Hari ni aku nak kongsikan satu madah yang aku jumpe dalam FB seorang teman..sangat indah dan cukup membuatkan kite rasa cinta itu akan sempurna sekiranye berteraskan Al-Quran dan Sunnah..mari sama-sama kita renungkan..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Cukup cintai dia dalam diam..
Bukan kerana membenci hadirnya..
Tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia..
Tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya..
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati..
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
Insya Allah..
Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK..


'..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'
~Surah Al Baqarah : Ayat 216~

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


'Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.'
~Umar Bin Khattab r.a~

::satu cerita utk dikongsi..::
Penah terdengar kisah Fatimah Az Zahra menceritakan sesuatu kpd Saidina Ali?


Kisah Fatimah dan Saidina Ali.
Usai mereka bernikah..
Fatimah ada mengatakan kepada suaminya ( Saidina Ali )..
"Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..
dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali:
"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"
Maka jawab Fatimah:
"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."

Nampak tak..
Contoh yg amat cantik sekali..
Fatimah yg jatuh hati kepada Saidina Ali..
Tidak pernah meluahkan cintanya..
Namun.. dia memendamkannya..

erhmm..
Maka tidak salah bukan.., untuk mencintai seseorng itu..
Biarlah hanya sekadar dalam diam..
Biarlah hanya dari kejauhan...
Biarlah menjadi rahsia hamba dan Tuhannya...
Semoga rahmat Allah menaungi kita selalu..

Bagi ana..
mencintai dlam diam ini kadang2 menyakitkan..
tp..apa salahnya berkorban untuk agama kan?
manatahu..
Allah akan memakbulkan doa kita agar kita bersama2 dgn yg kita cintai itu..
Kan itu lebih diberkati oleh Allah..
Permulaan hubungan kerana Allah Taala..
dan pengakhiran juga kerana Allah Taala..
iaitu nikah... ngee.. >_~..
Sesungguhnya..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya selagi kita beriman dan mematuhi segala perintah Allah..
Takdir Allah adalah rahsia..
Tiada siapa yang tahu..
Yang penting kita berusaha memantapkan ilmu, iman dan taqwa kita kpd Allah..
Smoga ana dan anda menemukan pedamping hidup yg terbaik dan mententeramkan jiwa anda.. >_< ❤(。-‿◕。).


♥♥.•*´¨`*•. .♥♥
Amin Ya Rabb.
♥♥`*•.¸¸.•* *♥♥

p/s : Moga kita senantiase menuju kearah kecintaan kepadanya...

Comments

DaNg aNuM said…
mencintai dan dicintai

Popular posts from this blog

FeNoMeNa lUaR BiAsA Di PaNtAi JePuN b4 TsuNamI

DaLaM MiHRaB CiNTa

Hati hiba..Hati Sedih...mengharap cintanya~~